Wednesday, September 5, 2012

UJIAN AMALI TURUT DIJALANKAN DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK


Kanak-kanak turut menyaksikan Cerita & Nyanyian yang dipersembahkan oleh Peserta KAAK. Masing-masing khusyuk memerhatikan persembahan tersebut.

Bukan senang nak jadi pengasuh tau... kena pandai menyanyi... Baru la kanak-kanak akan suka datang ke taska dengan aktiviti nyanyian...
Bukan maksud kena pandai menyanyi tapi kena sentiasa mempunyai idea-idea yang kreatif untuk mendidik anak-anak untuk menjana perkembangan awal kanak-kanak.


Selain itu, pengasuh juga perlu pakar dalam bercerita. Sebab melalui bercerita, kanak-kanak belajar mengenai perbendaharaan kata yang baru, pengajaran dan nilai dalam cerita tersebut...
Lihat, bukan setakat membaca tapi kita juga perlu tahu teknik-teknik bercerita....
kalau tak... kita bercerita la sorang-sorang....




PROGRAM M3NGECAT PAGAR PJKKMPK

hi semua....

hari nie baru la dapat nk story cerita tntg pjkkmpk.... hari nie kami dan wakil persatuan ibubapa taska &pst jagaan kanak-kanak mpk membantu mengecat pagar....

memandangkan permohonan cat dibuat lambat kami hanya dapat cat berwarna pink... sweet nyer:.... huhu.... pink pun pink la... emmm... agak penat namun alhamdulillah semua dpt dilakukan dgn mudah... cuaca pn ceria mnyinr...

alhamduoillah barulah nmpk baru pagar pusat jagaan kanak-kanak mpk... happy rasanya... kami hrp cuaca ok supaya cat pagar tu kering.... gambar boleh tgk di facebook teacher neesa.... huhu....

ok semua... cukup lah di ini khbar dari pjkkmpk....

JEAN PIAGET

jean piaget defined himself as a "genetic epistemologist


the 4 development stages theories :

1) sensorimotor stage :
2) preoperational stage :
3) concrete operational stage
4) formal operational stage :


Monday, January 30, 2012

PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK

Penderaan Emosi


Penderaan adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.

Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang
mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehinggaminda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya
perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada
kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu.

Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak
ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti diri . Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan
terutamanya dalam bidang psikiatri.


Definisi


Definisi daripada sudut perundangan menunjukkan penderaan ini berlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanakkanak. Ini menunjukkan definisi penderaan emosi daripada sudut perundangan adalah terlalu ketat dan tidak menegaskan penderaan ini boleh berlaku dengan penderaan lain. Definisi ini juga tidak
memberi gambaran tentang maksud dan jenis kelakuan yang disifatkan sebagai penderaan emosi dan hanya memberi gambaran tentang akibat penderaan emosi sahaja.


Ciri-ciri Penderaan Emosi


Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan 1996).


Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentu iaitu:

1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.
2. Bentuk interaksi.
3. Kelemahan kanak-kanak.
4. Kerosakan psikologi.



Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat


Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).

1. Penolakan:

Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibubapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk
penolakan.


2. Pengasingan:
Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha
mendisiplin anak yang melampaui batas.

3. Menakutkan:

Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera , membunuh dan meninggalkan anak ( abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibubapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.


4. Sikap tidak peduli -
menolak tindak balas emosi (Ignoring -Denying emotional responsiveness):
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan
usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan
merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidakberminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku ini
sering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.


5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting):
Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak da l am rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yangmenggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.

Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yang mungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalan normal mereka.


Bentuk Interaksi


Faktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi adalah aspek sejauh manakah atau seberat manakah interaksi yang disebut dalam ciri pertama berlaku antara sipendera dengan mangsa.


Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dan kerap berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akan memberi kesan buruk yang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu keamatan, kekerapan dan tempoh penderaan, perlu diambil kira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kes penderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanak pernah melalui, mengalami dan merasai tindakan ibu bapa yang
memarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkan padasuatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan dan jangka masanya adalah tidak berpanjangan atau terjadi secara berasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakan tidak mengalami penderaan emosi.


Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkan kepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anak hidup dalam suasana di mana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dan cerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalam hidup seharian
mereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesan negatif terhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhi kriteria penderaan emosi . Golongan ibu bapa yang amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiri daripada ibu bapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing (Hickox & Furnell 1989) dan menunjukkan hubungan dan pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas (Junewicz 1983).

DEFINISI EMOSI

Definisi Emosi:

Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen:

1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci.

2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas.

3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) - Komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.


Emosi wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan serta boleh dikelompokkan seperti berikut:

1. Emosi positif atau negatif -
Emosi positif adalah emosi suka, sayang, gembira
Emosi negatif adalah emosi takut, marah dan duka.


2. Emosi primer atau bercampur -
Emosi primer adalah perasaan gembira, benci, jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang hanya berlaku secara bersendirian.

Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.

PENGURUSAN

PROSES PENGURUSAN/PENTADBIRAN

1. Pengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi tentunya melalui satu proses tertentu.

2. Proses pengurusan pentadbiran adalah langkah atau prosedur bagaimana seseorang pengurus pentadbir itu bertindak untuk mencapai objektif serta melaksanakan tanggungjawabnya.

3. Senarai semak bagi satu proses pengurusan pentadbiran adalah seperti berikut:-

a) menentukan matlamat dan objektif dengan jelas.

b) menentukan tenaga manusia - mengagih tanggungjawab, kewibawaan serta penggunaan bahan sumber.

c) menentukan dasar prosedur, tata cara kerja yang meliputi satu-satu tugas.

d) menentukan tugas, panduan tugas, keperluan kecekapan dan penggunaan jenis

staf.

e) menentukan keperluan kewangan, kemudahan-kemudahan bahan serta kemudahan.

f) menentukan jangkawaktu dan urutan aktiviti yang dijalankan.

g) membuat penilaian dan menentukan standard serta kualiti kerja.

PRINSIP PENGURUSAN

Terdapat berbagai prinsip tentan g pengurusan. Henry Fayol mengemukakan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu:-

1. Pembahagian kerja.

2. Kewibawaan.

3. Disiplin.

4. Menerima arahan dari orang lain.

5. Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian.

6. Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu.

7. Gaji atau upah.

8. Pemusatan

9. Aliran Kewibawaan.

10. Mengikut arahan.

11. Persamaan.

12. Kestabilan kerja

13. Inisiatif atau daya usaha.

14. espirit de coup.

ELEMEN PENGURUSAN

1. Membuat Keputusan

Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan.

2. Menyelesai Masalah.

Membuat kepuusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi.

3. Hubungan Manusia.

Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.

4. Komunikasi.

Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi.

PROSES PENGURUSAN

Pengurusan merupakan satu proses sosial. Banyak percubaan digunakan untuk menganalisis peringkat-peringkat proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan/

perbezaan di antara seorang pakar dengan pakar yang lain. Masing-masing mempunyai konsep yang lain tentang proses pengurusan. Bagi tujuan ini proses yang digariskan oleh UNESCO adalah dianggap paling sesuai.

Proses pengurusan takrifan UNESCO dikenali sebagai proses PODC ( Planning, Organising, Directing and Controlling). Memandangkan proses pengurusan yang panjang mungkin akan mengelirukkan dan membuang masa, maka UNESCO telah memeringkatkan proses tersebut seperti berikut:-

1. Planning (merancang)

Terdiri daripada:

i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.

ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang

paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.

iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.

iv. mencari alternatif atau pilihan.

v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.

2. Organising (mengelola)

i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah dirancangkan.

ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik.

iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan jentera

pelaksanaan.

iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber lain

yang perlu.

3. Directing (mengarah)

i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.

ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan

dengan cara membuat keputusan.

iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.

iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

4. Controlling (mengawal)

i. menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.

ii. mel;aporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat dibetulkan. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf.

iii. menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

ISU CAKAP BELAKANG

BAGAIMANA KITA HENDAK ATASI ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF DAN SUKA CAKAP BELAKANG?

Di mana kita bekerja ada sahaja orang yang seperti di atas. Individu tersebut hanya berfikiran negatif (tindakan dan percakapan pun negatif). Tiada yang lebih baik kecuali diri dia.

Kadang-kadang ingin sekali mewujudkan suasana kerja yang baik, harmoni dan positif. Namun, manusia itu Allah SWT jadikan bermacam-macam perangai dan bentuk fizikal. Tiada sesiapa yang lebih sempurna.

Mengapa tidak mereka berfikir bahawa dari mereka bercakap belakang dan menceritakan perkara tidak benar, lebih baik mereka membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu tempat kerja dan pihak pengurusan.

Mereka juga akan mendapat lebih pahala dari dosa.

Tapi, agaknya lebih manis dan sedap lemak berkrim kot bercakap belakang dan memburuk-burukkan situasi. Penyertaan yang kurang, menonjolkan diri di atas usaha orang lain, menceritakan keburukan dan masalah pada orang lain... Adakah dia seorang individu yang bertanggungjawab? Adakah dia seorang yang melakukan kerja dengan amanah?

Tepuk dada tanya selera mahu makan apa... huhu..

Hanya Allah SWT tempat kita berdoa semoga kita bekerja di tempat yang lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Rezeki yang datang lebih baik dan berkat. Marilah kita menjadi insan yang cemerlang dan positif.