Definisi Emosi:
Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen:
1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci.
2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas.
3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) - Komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.
Emosi wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan serta boleh dikelompokkan seperti berikut:
1. Emosi positif atau negatif -
Emosi positif adalah emosi suka, sayang, gembira
Emosi negatif adalah emosi takut, marah dan duka.
2. Emosi primer atau bercampur -
Emosi primer adalah perasaan gembira, benci, jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang hanya berlaku secara bersendirian.
Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.
No comments:
Post a Comment