Monday, January 30, 2012

ISU CAKAP BELAKANG

BAGAIMANA KITA HENDAK ATASI ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF DAN SUKA CAKAP BELAKANG?

Di mana kita bekerja ada sahaja orang yang seperti di atas. Individu tersebut hanya berfikiran negatif (tindakan dan percakapan pun negatif). Tiada yang lebih baik kecuali diri dia.

Kadang-kadang ingin sekali mewujudkan suasana kerja yang baik, harmoni dan positif. Namun, manusia itu Allah SWT jadikan bermacam-macam perangai dan bentuk fizikal. Tiada sesiapa yang lebih sempurna.

Mengapa tidak mereka berfikir bahawa dari mereka bercakap belakang dan menceritakan perkara tidak benar, lebih baik mereka membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu tempat kerja dan pihak pengurusan.

Mereka juga akan mendapat lebih pahala dari dosa.

Tapi, agaknya lebih manis dan sedap lemak berkrim kot bercakap belakang dan memburuk-burukkan situasi. Penyertaan yang kurang, menonjolkan diri di atas usaha orang lain, menceritakan keburukan dan masalah pada orang lain... Adakah dia seorang individu yang bertanggungjawab? Adakah dia seorang yang melakukan kerja dengan amanah?

Tepuk dada tanya selera mahu makan apa... huhu..

Hanya Allah SWT tempat kita berdoa semoga kita bekerja di tempat yang lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Rezeki yang datang lebih baik dan berkat. Marilah kita menjadi insan yang cemerlang dan positif.





No comments:

Post a Comment