Monday, January 30, 2012

PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK

Penderaan Emosi


Penderaan adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.

Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang
mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehinggaminda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya
perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada
kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu.

Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak
ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti diri . Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan
terutamanya dalam bidang psikiatri.


Definisi


Definisi daripada sudut perundangan menunjukkan penderaan ini berlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanakkanak. Ini menunjukkan definisi penderaan emosi daripada sudut perundangan adalah terlalu ketat dan tidak menegaskan penderaan ini boleh berlaku dengan penderaan lain. Definisi ini juga tidak
memberi gambaran tentang maksud dan jenis kelakuan yang disifatkan sebagai penderaan emosi dan hanya memberi gambaran tentang akibat penderaan emosi sahaja.


Ciri-ciri Penderaan Emosi


Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan 1996).


Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentu iaitu:

1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.
2. Bentuk interaksi.
3. Kelemahan kanak-kanak.
4. Kerosakan psikologi.



Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat


Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).

1. Penolakan:

Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibubapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk
penolakan.


2. Pengasingan:
Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha
mendisiplin anak yang melampaui batas.

3. Menakutkan:

Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera , membunuh dan meninggalkan anak ( abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibubapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.


4. Sikap tidak peduli -
menolak tindak balas emosi (Ignoring -Denying emotional responsiveness):
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan
usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan
merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidakberminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku ini
sering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.


5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting):
Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak da l am rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yangmenggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.

Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yang mungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalan normal mereka.


Bentuk Interaksi


Faktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi adalah aspek sejauh manakah atau seberat manakah interaksi yang disebut dalam ciri pertama berlaku antara sipendera dengan mangsa.


Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dan kerap berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akan memberi kesan buruk yang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu keamatan, kekerapan dan tempoh penderaan, perlu diambil kira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kes penderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanak pernah melalui, mengalami dan merasai tindakan ibu bapa yang
memarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkan padasuatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan dan jangka masanya adalah tidak berpanjangan atau terjadi secara berasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakan tidak mengalami penderaan emosi.


Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkan kepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anak hidup dalam suasana di mana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dan cerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalam hidup seharian
mereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesan negatif terhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhi kriteria penderaan emosi . Golongan ibu bapa yang amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiri daripada ibu bapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing (Hickox & Furnell 1989) dan menunjukkan hubungan dan pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas (Junewicz 1983).

No comments:

Post a Comment