Friday, December 17, 2010

KONSERT SINAR KECIL PERMATA 2010

KONSERT SINAR PERMATA KECIL

TARIKH : 17/12/2010
TEMPAT : DEWAN HAMZAH, KLANG
MASA : 9.00PG-12.30 T/HR

Kanak-kanak semua berkumpul di Pusat Jagaan seawal 7.30 pagi. Seramai 20 orang kanak-kanak turut serta menyertai program ini. Konsert ini julung kali diadakan. Dengan bantuan Persatuan Ibu bapa Pusat Jagaan & Taska, Majlis Perbandaran Klang, Persatuan Taska Negeri Selangor turut menjayakan konsert ini.

PROGRAMME TENTATIVE

8.30 AM : ARRIVAL OF GUESTS, CHILDREN & PARENTS

9.00 AM : ARRIVAL OF S/U MPK WITH “SILAT”

WELCOMING BY THE CHILDREN FROM PUSAT JAGAAN

9.15 AM : NATIONAL ANTHEM “NEGARAKU”

9.20 AM : DOA RECITATION BY MOHD HAZIQ AIMAN BIN KHAIRUL ANUAR (PUSAT JAGAAN)

: JUZU’ AMMA BY AIN FARIHIN BT MOHD JEFFRY

: WELCOMING SPEECH BY CHILDREN REPRESENTATIVE

TASKA (NUR ATHIRAH BT ZAINUDDIN - English)

PUSAT JAGAAN (NUR AZMIATUL ANISAH BT RIDHWANHARI-BM)

: WELCOMING SPEECH BY THE PRESIDENT PUSAT JAGAAN & TASKA

(PN. HJH MAHANOM HJ. BASRI)

: OFFICIAL OPENING BY S/U MPK

: MONTAGE PRESENTATION

: GRADUATION CEREMONY

10.00 AM : (1) DIKIR PUTERI (SMART & INTELLIGENT GROUP)

: (2) DOREMON (CHEERFUL, WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (3) FASHION SHOW (LOVABLE GROUP)

: (4) SPECIAL PERFORMANCE (MELLYSA FITRI ILLYANA)

: (5) CREATIVE MOVEMENT (WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (6) JOGET PAHANG (SMART & INTELLIGENT GROUP)

: (7) FASHION SHOW (CHEERFUL GROUP)

: (8) ZIKIR (WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (9) ZAPIN PUSAKA (SMART & INTELLIGENT GROUP

: (10) BUNYI GITAR (DYNAMIC GROUP)

: (11) GYMNASTIC FROM TASKA SARJANA PINTAR CHILDREN’S

: (12) SPECIAL PERFORMANCE (WAN HASIRAN WAN MOHD)

: (13) FASHION SHOW (WONDERFUL GROUP)

: (14) AEROBIC EXERCISE (SMART & INTELLIGENT GROUP)


: (15) SPECIAL PERFORMANCE FROM TEACHER’S

(INSYAALLAH, LAGU PERMATA & TERIMA KASIH GURU)

12.00 PM : SPECIAL APPRECIATION

12.15PM : VIDEO SLIDE

: LUNCH



Di atas adalah aturcara pada konsert hari jumaat lepas. Tapi, masa tidak mencukupi. Rasa bersyukur sangat kerana walau masa terlajak tapi perjalanan program lancar.


Terima kasih pada staf-staf Pusat Jagaan yang banyak membantu membuat persediaan terakhir. Walaupun dengan kekuatan 5 orang staf di Pusat Jagaan yang membantu membungkus hadiah untuk kanak-kanak dan buan tangan untuk tetamu di Pusat Jagaan tapi berjaya akhirnya siap dalam 1 hari. Persatuan ibubapa yang turut turun padang menyusun hadiah semasa di dewan, menjadi usher semasa konsert dan sebagainya. Malah menyediakan hadiah tambahan untuk kanak-kanak dan mendapatkan beberapa hamper utk kami.

Turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) - (Tuan HJ. Adnan, Pn. Norizan, En Syakirin), MPK, Klinik Pergigian Klang (Dr. Rozie & staf2), Pegawai Bomba Klang, Wakil dari Mydin Store. Mydin Store turut menyumbangkan 2 hamper utk Konsert ini. Thank a lot to all VVIP & VIP.

Rasa sangat seronok kerana program yang dinantikan berjaya dijalankan walau ada sedikit kekurangan yang tidak dapat diatasi. Namun apa-apapun, semua orang yang hadir terhibur dengan persembahan kanak-kanak. Tahniah pada anak-anakku di Pusat Jagaan yang bersungguh-sungguh membuat latihan dan menampilkan persembahan yang mantap ketika konsert tersebut. Ummmuaaah.... sayang u all semua....


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang turut menjayakan program konsert kanak-kanak ini.


Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif.

Thursday, November 11, 2010

Aktiviti Gotong-Royong Membersihkan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK



Tarikh : 5hb Oktober 2010
Hari : Selasa
Waktu : 9.30 pagi.

Syukur Alhamdullilah, akhirnya Persatuan Ibubapa Taska dan Pusat Jagaan telah mengambil kata sepakat untuk membantu Pengurusan Pusat Jagaan membersihkan kawasan belakang Pusat Jagaan yang penuh dengan barang-barang lama Taska.

Selain daripada itu, ini juga salah satu penglibatan ibubapa untuk membantu menjaga Pusat Jagaan dari segi kebersihan.


Time untuk makan.

Kak Ayu (Chef Pusat Jagaan) menyediakan nasi lemak untuk sajian tengah hari pada hari tersebut. Ibu bapa boleh merasa dan tahu apa sajian yang disediakan oleh Pihak Pusat Jagaan pada anak-anak. Alhamdullillah, mereka memuji masakan Chef Ayu...
Congrates to our chef... Kak Ayu...


Sunday, November 7, 2010

Melawat ke Perpustakaan Klang



Seramai 16 orang kanak-kanak dibawa ke Perpustakaan Klang atas jemputan dari Perpustakaan Klang untuk mengadakan aktiviti bersama-sama Kanak-Kanak Pusat Jagaan MPK. Dengan hati yang terbuka, pihak pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak menerima jemputan tersebut.

Kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan. Ini adalah kumpulan yang pertama mencuba permainan ini. Kumpulan ini terdiri Mohd Haziq, Hafiz, Aiman, Syabeel, Fitri dan Kusyairi. Permainan ini menggalakkan kanak-kanak supaya memegang pemegang dan melalui laluan besi tersebut. Kanak-kanak belajar tentang sains sambil bermain.

Kumpulan ini pula ialah kumpulan kedua. Kumpulan ini terdiri daripada Qistina, Hasbi, Ain Nadhirah, Siti Nur Athirah, Ain Farihin. Qistina teropong ape tu? Sebenarnya kanta yang dipegang oleh Qistina adalah kanta Mata Ikan. Qistina nampak dan belajar bagaimana penglihatan ikan sambil diberi tunjuk ajar oleh koordinator Perpustakaan Klang.

Siti Nur Athirah dan Ain Nadhirah sangat seronok dan tak sabar memerhati Qistina.

Hi Qistina, bagilah pada kawan-kawan pula... Seronok betul Qistina meneroka teropong itu. Itulah sains. Belajar sambil meneroka kejadian Allah SWT.

Ini pula Dini dan Aishah... Sempat berposing bila Teacher Neesa nak ambil gambar...
Sangat sporting... Nice Pic....


Ini adalah Ain Farihin.
Habis aktiviti bermain, ain mengambil peluang untuk membaca buku cerita sambil menunggu
waktu pulang.




Saturday, October 9, 2010

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK

Tarikh : 08/10/2010
Masa : 03.00pm
Bil. Tetamu : 40-50 orang

Pihak Persatuan Ibubapa Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK, Majlis Perbandaran Klang, Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK dan Persatuan Taska Negeri Selangor telah bekerjasama menjayakan Program Sambutan Majlis Hari Raya.

Terima kasih pada kanak-kanak Pusat Jagaan yang membantu teacher-teacher mengangkat dan menyusun kerusi dari Taska Komuniti Klang ke Pusat Jagaan. Mereka sangat sporting sebab tolong teacher-teacher. Malah, bertanya ada ape-ape yang perlu mereka tolong lagi.... Syukur mereka semua kanak-kanak yang ringan tulang walau mereka kadang-kadang aktif tak dengar cakap teacher-teacher. Syukur Alhamdullillah... Ada positif attitude dalam diri mereka.

Pihak MPK menyediakan makanan manakala pihak pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK menyediakan duit raya. Adil dan saksama. Terima kasih pada semua staf Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK yang membantu menghias Pusat Jagaan dan mengurus kanak-kanak... Jasa mu semua dikenang. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Tiada gambar yangdiambil ketika itu kerana masing-masing sibuk melayan tetamu dan kanak-kanak.

PERSEKITARAN KONDUSIF, KANAK-KANAK PRODUKTIF


Pihak Institut Sosial Malaysia Datang ke Taska Komuniti Klang dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK

Tarikh : 07/10/2010
Masa : 09:30am
Bil Tetamu : 28 orang

Pihak Institut Sosial Malaysia telah hadir dan melihat kawasan Taska Komuniti Klang dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK. Selain itu, wakil dari Majlis Perbandaran Klang iaitu En. Zakaria dan Pn. Wati turut memeriahkan majlis pada hari tersebut. Malah, wakil dari Jabatan Kebajikan Malaysia Daerah Klang iaitu Pn. Noorizan turut hadir. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Terima kasih pada staf-staf Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang turut membantu melancarkan program di Taska Komuniti Klang. Contoh, Faezah (staf Taska Komuniti Klang) melakukan aktiviti Pot pouri bersama kanak-kanak mendapat pujian dari tetamu yang menghadirkan diri. Chef Pusat Jagaan (Kak Ayu) juga turut mendapat pujian kerana memasak makanan yang enak dan sedap. Wan (staf Pusat Jagaan) membuat aktiviti di Taska dan Dalila (staf Pusat Jagaan) turut menjalankan amanah menjaga kanak-kanak di Pusat Jagaan. Semua orang puas hati. Syukur Alhamdullillah.

Beberapa perkara yang berlaku akan dijadikan sebagai pengajaran dan petunjuk kepada Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK untuk memperbaiki kelemahan dan menjadi yang terbaik di masa hadapan. Insyaallah.

Minta maaf kerana tiada gambar yang diambil untuk diletakkan di post kali ini. Al maklum la, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.

Sekian, terima kasih

PERSEKITARAN KONDUSIF, KANAK-KANAK PRODUKTIF

Sunday, September 5, 2010

PENGLIBATAN IBUBAPA


Apakah maksud penglibatan Ibubapa?

Suatu proses di mana ibubapa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan untuk memperkukuhkan amalan asuhan yang sedia ada dan memperkayakan perkembangan kanak-kanak.

Bagaimana Ibubapa boleh melibatkan diri di Taska/ Pusat Jagaan?

Ibubapa harus mengetahui rancangan-rancangan yang dijalankan di Taska/Pusat Jagaan khasnya aktiviti-aktiviti anaknya terlibat.

Memberi kerjasama untuk menjayakan dengan kehendak/keperluan projek yang dijalankan oleh Taska. Malah, ibubapa boleh menyambung kegiatan di Taska di rumah.

Ibubapa juga turut membantu perkembangan kanak-kanak bukan hanya tau menghantar anak-anak untuk dijaga dan diasuh sahaja di Taska. Ibubapa adalah guru utama kanak-kanak dan bukan tugas pengasuh sahaja.

Fikir-fikirkanlah.....

Nilai Seorang Pengasuh

1. Ikhlas
2. Sabar - Melayan karenah kanak-kanak
3. Penyayang - Selalu menunjukkan kasih sayang pada semua terutama kanak-kanak
4. Kreatif - Mempunyai aktiviti untuk kanak-kanak dalam membantu perkembangan kanak-kanak.
5. Bertanggungjawab - Menjaga hak kanak-kanak
6. Pengasih
7. Mempunyai Ilmu Pengetahuan
8. Sentiasa Berfikiran Positif
9. Mempunyai atitud @ sikap yang positif
10. Senyum Selalu, Happy Selalu
11. Pembersih - Sentiasa Menjaga Kebersihan Taska / Pusat Jagaan
12. Bersaing antara Pengasuh untuk menjadi Pengasuh yang Berwibawa dan Berjaya
13. Hormat Orang Lain - menghormati pihak pengurusan, ibubapa, kawan sejawat dan juga kanak-kanak

Ini sedikit sebanyak tentang nilai-niali yang perlu ada pada seorang pengasuh. Seorang pengasuh yang tidak mempunyai nilai-nilai seperti di atas, maka berhentilah anda dari kerja kerana anda akan membawa keburukan pada kanak-kanak dan juga taska.

Jangan mencari kesalahan orang lain tetapi kita menilai diri kita dari segi kekurangan. Seperti kata Dato Fadhilah Kamsah, Pakar Motivasi " 1 jari menghala ke arah orang laen tetapi 4 jari yang lain menuju kearah kita sendiri". Renung-renungkan....

Kalau anda seorang pengasuh yang ingin berjaya maka berbincanglah dengan penyelia dan pengusaha untuk memantapkan taska/pusat jagaan. Sebab kita akan dapat lebih banyak pahala daripada kita mengumpat sesama sendiri tentang keburukan orang lain seperti kita memakan daging kita sendiri dan mengurangkan pahala kita sendiri.

Allah SWT menganugerahkan akal fikiran pada setiap manusia untuk berfikir yang lebih baik. Pilih kawan yang baik kita akan jadi baik. Seperti peribahasa melayu " Apabila kita mendekati Tukang Minyak Wangi maka kita akan wangi selamanya, kalau kita berkawan dengan orang mencari sampah maka kita pun akan berbau sampah."... Pilihan ditangan anda sendiri.

Fikir-fikirkan lah... Kegembiraan dan ketenangan kita akan perolehi apabila kita mendekatkan diri pada Tuhan yang Maha Esa.