Saturday, October 9, 2010

Pihak Institut Sosial Malaysia Datang ke Taska Komuniti Klang dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK

Tarikh : 07/10/2010
Masa : 09:30am
Bil Tetamu : 28 orang

Pihak Institut Sosial Malaysia telah hadir dan melihat kawasan Taska Komuniti Klang dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK. Selain itu, wakil dari Majlis Perbandaran Klang iaitu En. Zakaria dan Pn. Wati turut memeriahkan majlis pada hari tersebut. Malah, wakil dari Jabatan Kebajikan Malaysia Daerah Klang iaitu Pn. Noorizan turut hadir. Syukur Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar.

Terima kasih pada staf-staf Pusat Jagaan Kanak-Kanak yang turut membantu melancarkan program di Taska Komuniti Klang. Contoh, Faezah (staf Taska Komuniti Klang) melakukan aktiviti Pot pouri bersama kanak-kanak mendapat pujian dari tetamu yang menghadirkan diri. Chef Pusat Jagaan (Kak Ayu) juga turut mendapat pujian kerana memasak makanan yang enak dan sedap. Wan (staf Pusat Jagaan) membuat aktiviti di Taska dan Dalila (staf Pusat Jagaan) turut menjalankan amanah menjaga kanak-kanak di Pusat Jagaan. Semua orang puas hati. Syukur Alhamdullillah.

Beberapa perkara yang berlaku akan dijadikan sebagai pengajaran dan petunjuk kepada Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK untuk memperbaiki kelemahan dan menjadi yang terbaik di masa hadapan. Insyaallah.

Minta maaf kerana tiada gambar yang diambil untuk diletakkan di post kali ini. Al maklum la, masing-masing sibuk dengan tugas masing-masing.

Sekian, terima kasih

PERSEKITARAN KONDUSIF, KANAK-KANAK PRODUKTIF

No comments:

Post a Comment