Saturday, October 9, 2010

SAMBUTAN MAJLIS HARI RAYA DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK

Tarikh : 08/10/2010
Masa : 03.00pm
Bil. Tetamu : 40-50 orang

Pihak Persatuan Ibubapa Taska dan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK, Majlis Perbandaran Klang, Pihak Pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK dan Persatuan Taska Negeri Selangor telah bekerjasama menjayakan Program Sambutan Majlis Hari Raya.

Terima kasih pada kanak-kanak Pusat Jagaan yang membantu teacher-teacher mengangkat dan menyusun kerusi dari Taska Komuniti Klang ke Pusat Jagaan. Mereka sangat sporting sebab tolong teacher-teacher. Malah, bertanya ada ape-ape yang perlu mereka tolong lagi.... Syukur mereka semua kanak-kanak yang ringan tulang walau mereka kadang-kadang aktif tak dengar cakap teacher-teacher. Syukur Alhamdullillah... Ada positif attitude dalam diri mereka.

Pihak MPK menyediakan makanan manakala pihak pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK menyediakan duit raya. Adil dan saksama. Terima kasih pada semua staf Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK yang membantu menghias Pusat Jagaan dan mengurus kanak-kanak... Jasa mu semua dikenang. Semoga Allah memberkati kalian semua.

Tiada gambar yangdiambil ketika itu kerana masing-masing sibuk melayan tetamu dan kanak-kanak.

PERSEKITARAN KONDUSIF, KANAK-KANAK PRODUKTIF


No comments:

Post a Comment