Sunday, November 7, 2010

Melawat ke Perpustakaan Klang



Seramai 16 orang kanak-kanak dibawa ke Perpustakaan Klang atas jemputan dari Perpustakaan Klang untuk mengadakan aktiviti bersama-sama Kanak-Kanak Pusat Jagaan MPK. Dengan hati yang terbuka, pihak pengurusan Pusat Jagaan Kanak-Kanak menerima jemputan tersebut.

Kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan. Ini adalah kumpulan yang pertama mencuba permainan ini. Kumpulan ini terdiri Mohd Haziq, Hafiz, Aiman, Syabeel, Fitri dan Kusyairi. Permainan ini menggalakkan kanak-kanak supaya memegang pemegang dan melalui laluan besi tersebut. Kanak-kanak belajar tentang sains sambil bermain.

Kumpulan ini pula ialah kumpulan kedua. Kumpulan ini terdiri daripada Qistina, Hasbi, Ain Nadhirah, Siti Nur Athirah, Ain Farihin. Qistina teropong ape tu? Sebenarnya kanta yang dipegang oleh Qistina adalah kanta Mata Ikan. Qistina nampak dan belajar bagaimana penglihatan ikan sambil diberi tunjuk ajar oleh koordinator Perpustakaan Klang.

Siti Nur Athirah dan Ain Nadhirah sangat seronok dan tak sabar memerhati Qistina.

Hi Qistina, bagilah pada kawan-kawan pula... Seronok betul Qistina meneroka teropong itu. Itulah sains. Belajar sambil meneroka kejadian Allah SWT.

Ini pula Dini dan Aishah... Sempat berposing bila Teacher Neesa nak ambil gambar...
Sangat sporting... Nice Pic....


Ini adalah Ain Farihin.
Habis aktiviti bermain, ain mengambil peluang untuk membaca buku cerita sambil menunggu
waktu pulang.




No comments:

Post a Comment