Monday, January 30, 2012

PENDERAAN EMOSI KANAK-KANAK

Penderaan Emosi


Penderaan adalah satu ‘trauma’. Perkataan trauma berasal daripada perkataan Greek yang bermaksud ‘ditebuk’. Dalam konteks kecederaan fizikal, ini bermaksud kulit yang pecah (skin is broken) ataupun sesuatu yang sempurna (intact) telah dicerobohi.

Dalam erti kata yang lain, perkataan ini juga bermaksud kekerasan telah berlaku sehingga mengakibatkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang kepada organisme berkenaan. Serupa dengan keadaan tadi, penderaan emosi adalah satu trauma psikologi yang
mencerobohi lilitan dan lapisan perlindungan minda sehinggaminda seseorang itu terganggu untuk jangka masa pendek atau panjang mengikut keamatan trauma yang berlaku. Akibatnya
perasaan tidak berdaya akan timbul, kuasa pada diri sendiri akan tergugat, sistem perlindungan dalam diri akan gagal, disintegrasi sistem badan akan berlaku dan seterusnya membawa kepada
kesakitan mental setiap kali ingatan mengimbas kembali episod pahit yang dilalui dahulu.

Penderaan emosi terhadap kanak-kanak mula dihuraikan dalam jurnal sejak awal tahun tujuh puluhan. Pada masa itu pakar psikiatri sukar mengenali kes-kes ini kerana tiada persetujuan dan kata sepakat tentang maksud penderaan emosi. Mangsa tidak mengadu emosi mereka didera dan simptom yang wujud pada mereka pula tidak spesifik. Manakala, pemeriksaan pada tubuh badan mereka tidak menunjukkan penemuan yang khusus dan tidak
ada kecederaan yang boleh dilihat secara zahir. Yang ketara, mereka melalui kelainan dalam perkembangan diri terutama sekali pada personaliti diri . Walaupun sukar dikesan, penderaan emosi tetap menjadi fokus dalam kerja klinikal dan perundangan perubatan
terutamanya dalam bidang psikiatri.


Definisi


Definisi daripada sudut perundangan menunjukkan penderaan ini berlaku secara khusus serta tersendiri dan seseorang perlu membuktikan hubung kait penderaan emosi dengan berlakunya kesan kepada perasaan, tingkah laku dan perkembangan kanakkanak. Ini menunjukkan definisi penderaan emosi daripada sudut perundangan adalah terlalu ketat dan tidak menegaskan penderaan ini boleh berlaku dengan penderaan lain. Definisi ini juga tidak
memberi gambaran tentang maksud dan jenis kelakuan yang disifatkan sebagai penderaan emosi dan hanya memberi gambaran tentang akibat penderaan emosi sahaja.


Ciri-ciri Penderaan Emosi


Penderaan emosi berlaku apabila ibu bapa atau penjaga gagal memberi kasih sayang dan penjagaan secara berterusan, sering mengancam mengutuk dan/atau menjerit kepada anak. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak hilang keyakinan, harga diri dan menunjukkan tingkah laku cemas dan/atau pengasingan diri sehingga terganggu kesihatan mental mereka (Thompson & Kaplan 1996).


Ciri-ciri ini mengambil kira empat perkara yang tertentu iaitu:

1. Tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang tidak sihat.
2. Bentuk interaksi.
3. Kelemahan kanak-kanak.
4. Kerosakan psikologi.



Tingkah Laku Ibu Bapa atau Penjaga yang tidak Sihat


Garbarino, Gattman & Sealey et al. (1986) memberi lima kategori tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dikira sebagai mendera emosi kanak-kanak, iaitu penolakan (rejection), pengasingan (isolating), menakutkan (terrorising), sikap tidak peduli (ignoring) dan merasuah fikiran (corrupting).

1. Penolakan:

Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang sengaja enggan menolong anaknya ataupun enggan mengakui bahawa anak tersebut memerlukan pertolongan sehingga secara tidak langsung tidak mengakui kehadirannya. Tingkah laku lain yang menunjukkan ada penolakan anak termasuklah memanggil anak dengan kata-kata yang hina, kesat, melabelnya sebagai orang yang dikutuk dan dengan sengaja menjatuhkan air muka dan harga diri anak itu di khalayak ramai. Perkara ini sering dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga apabila dalam keadaan marah. Tindakan ibubapa atau penjaga yang tidak mahu mengaku dan menerima anak mereka sebagai anak mereka juga merupakan salah satu bentuk
penolakan.


2. Pengasingan:
Ini melibatkan tindakan ibu bapa atau penjaga yang sengaja mengasingkan anak dengan menguncikan anak di dalam almari atau bilik dalam jangka masa yang panjang. Tindakan ibu bapa atau penjaga yang langsung tidak membenarkan anak mereka bergaul dan berinteraksi dengan rakan sebaya atau orang lain juga ditakrifkan sebagai pengasingan. Perkara ini sering berlaku dalam usaha ibu bapa mengawal pergerakan anak atau dalam usaha
mendisiplin anak yang melampaui batas.

3. Menakutkan:

Ini bermaksud tindakan mengancam untuk mencedera , membunuh dan meninggalkan anak ( abandon) sekiranya anak tidak mengikut kata atau tidak menunjukkan tingkahlaku yang diharapkan. Tindakkan ini termasuk ancaman oleh ibubapa, penjaga atau orang lain untuk mendedahkan anak kepada keganasan yang akan dilakukan kepada orang yang disayangi oleh anak itu. Ini bertujuan supaya anak itu akan tinggal bersendirian apabila orang yang anak itu sayangi cedera atau mati atau dipisahkan dari mereka dengan sengaja. Tingkah laku menakutkan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang didera secara seksual dan juga kepada anak-anak yang mempunyai ibu bapa yang melalui proses penceraian.


4. Sikap tidak peduli -
menolak tindak balas emosi (Ignoring -Denying emotional responsiveness):
Ini bermaksud tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang dengan sengaja tidak mempedulikan
usaha anak untuk mendapat belaian kasih sayang daripada mereka. Ibu bapa sebegini melayan anak mereka secara mekanikal sahaja. Mereka langsung tidak mempunyai perasaan terhadap anak. Mereka tidak memberikan kasih sayang dan jauh sekali mencium anak dan
merapati anak. Cara mereka berkomunikasi dengan anak adalah dengan cara perbuatan melupakan atau dengan tidak melakukan apa-apa (acts of omission). Dalam erti kata lain, mereka tidakberminat untuk menjalinkan emosi dengan anak. Tingkah laku ini
sering terjadi pada kanak-kanak yang dianaktirikan.


5. Merasuah fikiran dan mengeksploitasi anak (Corrupting and Exploiting):
Ini menunjukkan tingkah laku ibu bapa atau penjaga yang menggalakkan, mengajar dan membiarkan anak melakukan kegiatan antisosial seperti melakukan maksiat dan jenayah. Juga ibu bapa yang menyimpan anak da l am rumah dengan niat menjadikannya sebagai hamba atau penjaga kepada anak-anak lain, walhal dia sepatutnya pergi ke sekolah. Ibu bapa yangmenggalakkan anak terlibat dengan pornografi juga dianggap mengeksploitasi anak. Ibu bapa yang mempunyai tingkah laku buruk dan tidak bermoral, dan dicontohi oleh anak merupakan satuperbuatan merasuah (corrupt) fikiran anak, terutama sekali terhadap anak yang dipaksa melakukan perbuatan keji sedangkan anak-anak itu enggan mengikut jejak langkah ibu bapa mereka.

Penjelasan di atas tidak termasuk aspek amalan dalam sebarang budaya yang mungkin menganggap salah satu tingkah laku yang tersenarai di atas sebagai satu amalan normal mereka.


Bentuk Interaksi


Faktor kedua yang perlu diberi perhatian untuk memenuhi ciri-ciri penderaan emosi adalah aspek sejauh manakah atau seberat manakah interaksi yang disebut dalam ciri pertama berlaku antara sipendera dengan mangsa.


Deraan yang mempunyai keamatan yang kuat dan kerap berlaku dalam tempoh masa yang panjang dan berterusuan akan memberi kesan buruk yang berpanjangan. Ketiga-tiga perkara ini, iaitu keamatan, kekerapan dan tempoh penderaan, perlu diambil kira untuk menentukan sama ada sesuatu kes itu merupakan kes penderaan emosi. Ini adalah kerana hampir setiap kanak-kanak pernah melalui, mengalami dan merasai tindakan ibu bapa yang
memarahi mereka dengan kata-kata kesat atau ditakutkan padasuatu ketika dahulu. Tetapi oleh kerana keamatan, kekerapan dan jangka masanya adalah tidak berpanjangan atau terjadi secara berasingan, maka kumpulan ini boleh dikatakan tidak mengalami penderaan emosi.


Penderaan emosi berlaku apabila kanak-kanak didedahkan kepada suasana keibubapaan yang tidak sihat sehingga anak-anak hidup dalam suasana di mana keji-mengeji, kutuk-mengutuk dan cerca-mencerca merupakan satu kebiasaan dalam hidup seharian
mereka. Mereka boleh menjadi lali tetapi apabila terdapat kesan negatif terhadap perkembangan mereka, maka ini memenuhi kriteria penderaan emosi . Golongan ibu bapa yang amat berkemungkinan untuk mendera emosi anak-anak mereka terdiri daripada ibu bapa yang hidup dalam keadaan sosial yang terasing (Hickox & Furnell 1989) dan menunjukkan hubungan dan pergaulan dengan orang lain yang tidak memuaskan dan ganas (Junewicz 1983).

DEFINISI EMOSI

Definisi Emosi:

Secara umum emosi bermaksud perasaan. Manusia adalah golongan benda hidup yang mempunyai perasaan yang tinggi dan paling halus. Perasaan atau emosi ini mempunyai tiga komponen:

1. Perasaan dalaman tertentu - Ini dialami dan dirasai secara subjektif seperti rasa takut, suka, duka, marah dan benci.

2. Corak rangsangan fisiologi - Ini termasuk semua perubahan fisiologi dalam badan yang berlaku dalam setiap keadaan emosi seperti merasa jantung berdebar apabila berada dalam keadaan takut dan perut berasa tidak selesa apabila dalam keadaan cemas.

3. Corak penonjolan perasaan secara terbuka (overt) - Komponen ini merangkumi gerak geri badan dan perubahan pada air muka apabila timbulnya pelbagai perasaan dalaman. Seseorang akan bergerak dengan perlahan dan menundukkan kepala apabila berada dalam keadaan sedih atau mata kelihatan terbeliak dan kening berkerut apabila dalam keadaan takut.


Emosi wujud dalam berbagai-bagai bentuk dan kekuatan serta boleh dikelompokkan seperti berikut:

1. Emosi positif atau negatif -
Emosi positif adalah emosi suka, sayang, gembira
Emosi negatif adalah emosi takut, marah dan duka.


2. Emosi primer atau bercampur -
Emosi primer adalah perasaan gembira, benci, jelek, terperanjat, sedih, marah, takut dan malu yang hanya berlaku secara bersendirian.

Emosi bercampur pula adalah satu keadaan kompleks seperti merasa kecewa. Ini adalah gabungan perasaan sedih dan terperanjat atau cemburu yang merupakan gabungan perasaan sayang dan marah.

PENGURUSAN

PROSES PENGURUSAN/PENTADBIRAN

1. Pengurusan dan pentadbiran dalam sesuatu organisasi tentunya melalui satu proses tertentu.

2. Proses pengurusan pentadbiran adalah langkah atau prosedur bagaimana seseorang pengurus pentadbir itu bertindak untuk mencapai objektif serta melaksanakan tanggungjawabnya.

3. Senarai semak bagi satu proses pengurusan pentadbiran adalah seperti berikut:-

a) menentukan matlamat dan objektif dengan jelas.

b) menentukan tenaga manusia - mengagih tanggungjawab, kewibawaan serta penggunaan bahan sumber.

c) menentukan dasar prosedur, tata cara kerja yang meliputi satu-satu tugas.

d) menentukan tugas, panduan tugas, keperluan kecekapan dan penggunaan jenis

staf.

e) menentukan keperluan kewangan, kemudahan-kemudahan bahan serta kemudahan.

f) menentukan jangkawaktu dan urutan aktiviti yang dijalankan.

g) membuat penilaian dan menentukan standard serta kualiti kerja.

PRINSIP PENGURUSAN

Terdapat berbagai prinsip tentan g pengurusan. Henry Fayol mengemukakan 14 prinsip pengurusan yang wujud dalam organisasi iaitu:-

1. Pembahagian kerja.

2. Kewibawaan.

3. Disiplin.

4. Menerima arahan dari orang lain.

5. Seorang ketua bagi satu unit atau bahagian.

6. Mementingkan kehendak masyarakat daripada kehendak individu.

7. Gaji atau upah.

8. Pemusatan

9. Aliran Kewibawaan.

10. Mengikut arahan.

11. Persamaan.

12. Kestabilan kerja

13. Inisiatif atau daya usaha.

14. espirit de coup.

ELEMEN PENGURUSAN

1. Membuat Keputusan

Amat penting kerana seseorang pengurus itu membuat keputusan atau untuk membuat tindakan alternatif selanjutnya. Elemen ini timbul di dalam semua peringkat proses pengurusan.

2. Menyelesai Masalah.

Membuat kepuusan yang lebih rumit ketika memilih alternatif bagi mengatasi halangan atau masalah yang akan membantu pencapaian matlamat organisasi.

3. Hubungan Manusia.

Digunakan untuk mendapatkan kerjasama dan penyertaan pekerja, menggunakan motivasi dan daya kepimpinan yang baik.

4. Komunikasi.

Satu kuasa penggerak dan proses dinamik dalam organisasi yang dapat membantu kerjasama dan kemajuan secara berkelompok ke arah pencapaian matlamat organisasi.

PROSES PENGURUSAN

Pengurusan merupakan satu proses sosial. Banyak percubaan digunakan untuk menganalisis peringkat-peringkat proses pengurusan ini dan didapati banyak perubahan/

perbezaan di antara seorang pakar dengan pakar yang lain. Masing-masing mempunyai konsep yang lain tentang proses pengurusan. Bagi tujuan ini proses yang digariskan oleh UNESCO adalah dianggap paling sesuai.

Proses pengurusan takrifan UNESCO dikenali sebagai proses PODC ( Planning, Organising, Directing and Controlling). Memandangkan proses pengurusan yang panjang mungkin akan mengelirukkan dan membuang masa, maka UNESCO telah memeringkatkan proses tersebut seperti berikut:-

1. Planning (merancang)

Terdiri daripada:

i. menentukan apa, bila, siapa dan bagaimana hendak dibuat.

ii. mengenalpasti objektif dan menetapkan kaedah pencapaian keberkesanan yang

paling maksimum melalui proses penetapan matlamat.

iii. mengumpul serta menganalisis maklumat.

iv. mencari alternatif atau pilihan.

v. menyediakan atau menghubung perancangan dengan keputusan.

2. Organising (mengelola)

i. mendapatkan peralatan, kelengkapan dan staf untuk mengwujudkan rangka dasar yang baik untuk menjalankan segala aktiviti perancangan yang telah dirancangkan.

ii. mengumpulkan segala komponen pekerjaan ke dalam satu struktur yang baik.

iii. membentuk struktur kuasa atau wibawa (authority) dan menyelaraskan jentera

pelaksanaan.

iv. menyusun dan menjelaskan kaedah dan prosedur.

v. memilih, melatih dan memberitahu staf serta mendapatkan sumber-sumber lain

yang perlu.

3. Directing (mengarah)

i. terdiri daripada membentuk rangka kerja untuk masa dan perbelanjaan.

ii. memperkenalkan dan memberi kepimpinan dalam pelaksanaan perancangan

dengan cara membuat keputusan.

iii. mengeluarkan arahan-arahan tertentu.

iv. memimpin, mengelola dan memberi motivasi.

4. Controlling (mengawal)

i. menilai segala kerja yang dijalankan di peringkat perancangan.

ii. mel;aporkan segala penyelewengan, kelemahan dengan segera supaya dapat dibetulkan. Menunjukkan jalan mengikut langkah-langkah yang betul dengan cara membentuk matlamat dan taraf.

iii. menetapkan pencapaian dan memperbaiki penyelewengan dan kelemahan.

ISU CAKAP BELAKANG

BAGAIMANA KITA HENDAK ATASI ORANG YANG BERFIKIRAN NEGATIF DAN SUKA CAKAP BELAKANG?

Di mana kita bekerja ada sahaja orang yang seperti di atas. Individu tersebut hanya berfikiran negatif (tindakan dan percakapan pun negatif). Tiada yang lebih baik kecuali diri dia.

Kadang-kadang ingin sekali mewujudkan suasana kerja yang baik, harmoni dan positif. Namun, manusia itu Allah SWT jadikan bermacam-macam perangai dan bentuk fizikal. Tiada sesiapa yang lebih sempurna.

Mengapa tidak mereka berfikir bahawa dari mereka bercakap belakang dan menceritakan perkara tidak benar, lebih baik mereka membantu mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk membantu tempat kerja dan pihak pengurusan.

Mereka juga akan mendapat lebih pahala dari dosa.

Tapi, agaknya lebih manis dan sedap lemak berkrim kot bercakap belakang dan memburuk-burukkan situasi. Penyertaan yang kurang, menonjolkan diri di atas usaha orang lain, menceritakan keburukan dan masalah pada orang lain... Adakah dia seorang individu yang bertanggungjawab? Adakah dia seorang yang melakukan kerja dengan amanah?

Tepuk dada tanya selera mahu makan apa... huhu..

Hanya Allah SWT tempat kita berdoa semoga kita bekerja di tempat yang lebih baik dan diberkati oleh Allah SWT. Rezeki yang datang lebih baik dan berkat. Marilah kita menjadi insan yang cemerlang dan positif.





MESYUARAT STAF PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK & TASKA PERMATA PENYAYANG KLANG

MINIT MESYUARAT TASKA PERMATA PENYAYANG KLANG

&

PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK

TARIKH : 30 JANUARI 2012 (ISNIN)

TEMPAT : NO 2, JALAN TENGKU KELANA 2,

41000 KLANG, SELANGOR

MASA : 5.30 PETANG

AGENDA:

1. PERUTUSAN / KATA-KATA MUKADIMAH: PN. HJH MAHANOM HJ BASRI (PENGERUSI TASKA & PUSAT JAGAAN)

2. LAPORAN DARIPADA

a. PENYELIA TASKA PERMATA PENYAYANG KLANG (PN RUKHIAH)

b. PENYELIA PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK (PN. KHAIRUNNISA)

3. KEBAJIKAN STAF

4. STANDARD OPERATING PROCEDURE (SOP)

a. CIRCLE TIME

b. REFLEKSI

c. SAMBUT KANAK-KANAK WAKTU TIBA

d. MENGHANTAR KANAK-KANAK PULANG

5. CIRI-CIRI PENDIDIK / PENGASUH YANG PERLU ADA DALAM DIRI UNTUK BEKERJA DI TASKA & PUSAT JAGAAN

6. BUKU LOG HARIAN @ BUKU SMS

7. BUKU REKOD KECEDERAAN KANAK-KANAK

8. PROGRAM DAN KURSUS AKAN DATANG

9. HAL-HAL LAIN

Monday, January 2, 2012

TASKA PROTON, SHAH ALAM (TASKA TEMPAT KERJA)


TASKA PROTON, SHAH ALAM

PENGASUH MELAKUKAN AKTIVITI BERSAMA KANAK-KANAK


RAK BARANG YANG DISUSUN DENGAN RAPI

RAK MELETAKKAN BARANG KANAK-KANAK

SUSUNAN SIJIL-SIJIL STAF PROTON

HIASAN YANG DILAKUKAN OLEH PENGASUH-PENGASUH TASKA PROTON

PENGASUH YANG KREATIF

HIASAN LUAR TASKA PROTON

LAWATAN KE TASKA TEMPAT KERJA


Ini adalah lawatan ke beberapa buah taska tempat kerja yang telah diaturkan sepanjang Teacher Neesa belajar di OUM.

Rasa ingin sangat sekiranya Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK turut cantik dan ceria. Bukan setakat taska tersebut tetapi penyediaan peralatan dan perabot untuk taska tersebut. Semoga Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK menjadi sebuah Pusat Jagaan yang terbaik.



Taska Raihana, Suruhanjaya Syarikat Malaysia




Tandas yang sesuai dengan peringkat umur kanak-kanak (Bawah 4 tahun)

Mat lantai untuk mengelakkan kanak-kanak terjatuh di dalam tandas.

Sinki yang selaras dengan ketinggian kanak-kanak dan ini memudahkan kanak-kanak untuk menggunakan sinki tersebut.



Bilik Ofis dan Rak yang disediakan oleh pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia untuk kemudahan Kanak-kanak mereka.


TASKA SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA




kanak-kanak taska sedang membuat rehearsal konsert akhir tahun

Ruang main peranan

Di bahagian atas adalah ruang tenang.. Di mana kanak-kanak yang sedang menangis di bawa keatas oleh pengasuh untuk mencari ketenangan

Memandangkan tiada bilik, maka divider digunakan untuk mengasingkan ruang aktiviti mengikut peringkat umur






PERSEDIAAN PERABOT UNTUK AKTIVITI KANAK-KANAK

KANAK-KANAK YANG BERDISPLIN TELAH DILATIH SELEPAS MENGGUNAKAN BARANG MAKA MELETAKKAN BARANG-BARANG TERSEBUT DI TEMPAT ASAL

RUANG AKTIVITI FIZIKAL KANAK-KANAK DI LUAR BANGUNAN


RUANG MAKAN KANAK-KANAK YANG BANYAK DAN SESUAI UNTUK KEGUNAAN KANAK-KANAK



PAPAN TANDA TASKA PERMATA TAMAN ASUHAN SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA




CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK

CIRI-CIRI PENGASUH YANG BAIK



1) Menjaga keperluan asas kanak-kanak
  • menyediakan tempat yang sesuai dan berikan makanan tepat pada masanya
2) Menjaga kebersihan kanak-kanak
  • menjaga pakaian kanak-kanak
  • memakaikan pakaian yang bersih
  • menukar lampin mengikut waktu
3) Menggalakkan perhubungan yang sihat di Taska & Pusat Jagaan
  • bercakap dengan kanak-kanak dengan bahasa yang lembut
  • menggalakkan kanak-kanak meluahkan buah fikiran dan perasaan mereka melalui soalan terbuka
4) Merancang dan menyediakan ruang persekitaran
  • sediakan persekitaran yang merangsangkan
  • runang bermain mempunyai peredaran udara yang baik dan cahaya yang cukup
5) merangsang perkembangan kanak-kanak melalui aktiviti di Taska & Pusat Jagaan
  • Aktiviti kreatif
  • Kegiatan bercerita & Nyanyian - galakkan perkembangan bahasa
6) Menyimpan rekod kanak-kanak
  • Daftar kedatangan kanak-kanak







KANAK-KANAK AUTISME:
CIRI-CIRI DAN IMPLIKASI DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN



1.0 PENDAHULUAN
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
2.1 Komunikasi dan Bahasa

Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. s
ekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

2.2 Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain.

2.3 Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

2.4 Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

2.5 Perangai dan Sikap
Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai- lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.


2.6 Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

3.0 IMPLIKASI KANAK-KANAK AUTISME DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Guru memainkan peranan penting dalam menguruskan kanak-kanak autisme di sekolah. Ini kerana kanak-kanak autisme ini sukar dikenal pasti secara melalui fizikal semata-mata. Mereka mengalami masalah komunikasi yang kronik sehingga mereka tidak mampu untuk mengenal pasti riak air muka, bahasa tubuh, isyarat atau perlambangan, dan nada suara yang berbeza bagi menafsirkan perasaan.

Maka, guru perlu mengajar dalam bentuk yang lebih fakta dan konkrit. Sebagai contohnya, guru menanyakan soalan fakta seperti “Apa yang berlaku disini?, apa yang akan berlaku seterusnya?” dan sebagainya. Vacca (2007) percaya bahawa adalah lebih baik sekiranya guru menggunakan bahan yang realiti berbanding bahan yang berbentuk fantasi.

Menurut Vacca (2007) lagi, beliau menyatakan bahawa guru perlu menjadikan aktiviti membaca untuk autistic suatu aktiviti yang menyeronokkan dengan menggunakan Authetic High Interest Visual Material. Berdasarkan journal beliau, Grandin (2002) menyatakan bahawa kanak-kanak autisti memiliki pemikiran visual. Mereka tidak memikirkan bahasa tetapi dalam bentuk gambar rajah.

Sebagai contohnya, guru meminta kanak-kanak autistic melukis kartun lawak dan kemudian menulis penerangan mengenai kartun tersebut dibawah gambar tersebut.

Apabila mereka selesai dalam melakukan sesuatu tugasan, berikanlah kata-kata pujian walaupun adakalanya mereka tidak memahami pujian tersebut. Ganjaran juga boleh diberikan seperti melebihkan masa bermain mereka kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu tugasan.

Semasa mengajar, guru digalakkan untuk menggunakan kata-kata, foto-foto, gambar rajah, lambang atau isyarat bagi membantu mereka untuk meluahkan perasaan mereka. Keprihatinan guru dalam mengenal pasti perasaan mereka adalah perlu agar emosi dan perasaan mereka tidak mempengaruhi tingkah laku mereka cenderung ke arah negatif seperti mencederakan diri atau orang lain.


4 Kesabaran dan ketabahan diperlukan dalam menguruskan kanak-kanak autisme ini kerana tanpa kesabaran dan ketabahan yang tinggi menyebabkan kanak-kanak ini akan terus cacat seumur hidup mereka.

Pekerja Di TASKA Tempat Kerja, Komuniti dan Institusi

Pekerja yang diterima bekerja di taska tempat kerja, komuniti dan institusi hendaklah memenuhi syarat berikut:

(a) lapan belas tahun ke atas.
(b) mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
(c) sihat dan berupaya menjalankan kerja.
(d) mempunyai lesen memandu yang sah jika pekerja berkenaan sebagai pemandu.
(e) mempunyai sijil imunisasi yang dicadangkan oleh Jabatan Kesihatan dikeluarkan oleh pegawai perubatan atau pengamal perubatan berdaftar, jika pekerja bekerja untuk menguruskan makanan.