Monday, March 21, 2011

KEM MOTIVASI JATI DIRI 2011

KEM MOTIVASI JATI DIRI 2011

HARI KETIGA ....... 17HB MAC 2011



SENAMAN PAGI BERSAMA TEACHER NEESA SEBELUM BERGERAK KE TAMAN PERMAINAN....


SIAP POSSING KAT TAMAN LAGI BERGAMBAR....


INI PESERTA KANAK-KANAK PEREMPUAN
BERSAMA-SAMA DENGAN TENAGA PENGAJAR


INI PESERTA KANAK-KANAK LELAKI
BERSAMA-SAMA DENGAN TENAGA PENGAJAR



PROGRAM BERSAMA TEACHER NEESA : SIAPA AKU?

SETIAP KAWAN-KAWAN PERLU MENULIS SATU PERKATAAN YANG MENCERITAKAN TENTANG DIRI DIA.

FIRDAUS BERSEDIA UNTUK KAWAN MENULIS TENTANG DIRI NYA...


SEMUA PESERTA DILEKATKAN KERTAS DI BELAKANG...


TURN FITRAH AMANI PULAK...


TURN LATIFAH ULFAH...


SETIAP PELAJAR DI MINTA TAMPIL KE HADAPAN UNTUK MEMBERITAHU APA YANG DI TULIS OLEH KAWAN-KAWAN.

MACAM-MACAM TAU KAWAN TULIS... DARI SITU KITA TAU KAWAN2 UNGKAPKAN KITA MACAM MANA.....



SESI BERSAMA TEACHER FIKRI.... EXPLORACE KIDS



TIUP TEPUNG.... CEPAT ALIF... CEPAT DAPAT KAT KLU KAT DALAM TEPUNG TU...

DAH DAPAT KLU... SESI PECAH KAN BELON... KALAU BELON TU ADA KLU BERTULIS BOLEH TERUS KE CHECKPOINT YANG SETERUSNYA...

KALAU TAK, SILA TURUN TUNGGU GILIRAN ANDA SETERUSNYA SAMPAI HABIS GROUP LAIN PECAH KAN BELON...


INI LAH GROUP TEACHER NEESA...

GROUP INI LAH SELALU KENA TOLAK MARKAH OLEH TEACHER NEESA SENDIRI...
AKHIRNYA.... TENGOKLA RESULT GROUP NANTI.... HEHEHE...

BUKAN UNTUK JATUHKAN GROUP TAPI NAK MEREKA BELAJAR BAHAWA DARI KESILAPAN DAN KEGAGALAN PERTAMA BUKAN HALANGAN UNTUK BERJAYA DI MASA HADAPAN...



INI LAH BELON-BELON YANG DI IKAT DI TANGGA KECEMASAN...


LATIFAH ULFAH PERHATI APE TU...?


DAH TERBUKA IKATAN.... CEPAT... CEPAT... BUNGKUS BALIK MUMIA.... NANTI DIA HIDUP BALIK...

APA LAH TEACHER ILA MEMBEBEL-BEBEL TU...



INILAH HASIL MUMIA YANG TELAH DIREKA OLEH PESERTA... DI IKAT DENGAN TISU DAN MATA WAKIL SETIAP KUMPULAN DI TUTUP...

SEBELUM MAKAN.... KENA LA SOLAT JEMAAH MAGHRIB & ISYAK TERLEBIH DAHULU...

IMAM BESAR KITA IALAH TEACHER FIKRI JEMPUTAN DARI KLANG...

HEHEHEHE....

SEMOGA TEACHER-TEACHER DAN ANAK-ANAK MENJADI ANAK YANG SOLEH & SOLEHAH.... AMIN


KUSYUK PESERTA BERSOLAT JEMAAH BERSAMA-SAMA...



TENGOK LA AYAM BBQ YANG BARU....



AYAM YANG DIPERAM.... SEKEJAP COZ SEMUA ORANG KELAM KABUT DENGAN AKTIVITI PETANG.... SAMPAI TERLUPA NAK INVITE BOS SENDIRI.... KAMI PIHAK PENGURUSAN PUSAT JAGAAN MEMINTA MAAF PADA PN. HJH. MAHANOM DGN KEKHILAFAN KAMI KETIKA ITU...

INSYAALLAH, KEM MOTIVASI JATI DIRI (2) 2011 MENJEMPUT PN. HJH. MAHANOM MALAM PENUTUP NANTI....


INGAT PENYELIA JUST TAU WAT KEJE OFIS JE KER...? INGAT KERJA PENYELIA DUDUK JER MEMERHATI....?

PENYELIA TURUN PADANG MEMBAKAR BBQ....

KETUA YG BAGUS, KETUA YANG TURUT SERTA MEMBUAT KERJA BERSAMA-SAMA ANAK BUAH....
ANAK BUAH AKAN BERSEMANGAT UNTUK MELAKUKAN KERJA


ANAK-ANAK HAPPENING BERSAMA TEACHER-TEACHER MEREKA

NICE PIC.... UMMMUAAAHHH3X


TEACHER DILA, TEACHER FIKRI & TEACHER AYU
BERSAMA-SAMA
ANAK-ANAK P.J.K.K.M.P.K


SEMUA PESERTA MAKAN..... SEMUA DAH LAPAR....


INI LAH KEK YANG DISPONSOR OLEH EN. IBRAHIM & WIFE...

THANX A LOT... LAEN KALI BOLEH SPONSOR LAGI.... SECRET RECIPE LAGI... JANGAN MARAH....

PUAN FIZA DATANG BERSAMA-SAMA DENGAN AIN NADHIRAH & DANISH UNTUK MENGAMBIL DANIAL UTK BALIK KAMPUNG DI PERAK...


SERONOK BETUL EN. IBRAHIM NIE....

LAIN KALI KAMI AKAN MENJEMPUT EN. IBRAHIM UNTUK MEMBANTU KAMI WAT BBQ... HEHEHE...


TENGOK LA... KEBETULAN... TANPA DI DUGA TANPA JEMPUTAN... PARENTS DATANG UNTUK MEMBANTU TENAGA PENGAJAR BAKAR AYAM.... TEACHER TAK PAKSA BUT THEN PARENTS WILLING SENDIRI NAK MEMBANTU....

SIAPA CAKAP TAK BOLEH PARENTS MEMBANTU TEACHER.... ITU DEPENDS ON PARENTS TU SENDIRI UNTUK BERBAIK DENGAN TEACHERS...

THANX A LOT PADA EN IBRAHIM & WIFE COZ SUDI SPONSOR CAKE SECRET RECIPE... BEST LA.... HOPE ALLAH BLESS YOU AND YOUR FAMILY ALWAYS

SESI BERSAMA TEACHER AYU... TEACHER AYU SEDIH....


SESI BERSAMA TEACHER AYU. TEACHER AYU TELAH MENUNAIKAN JANJINYA UNTUK MELUAHKAN PERASAAN KEPADA PESERTA-PESERTA KEM.

TEACHER AYU MEMINTA PADA PESERTA JANGAN MELAWAN CAKAP IBU BAPA DAN TEACHER-TEACHER PUSAT JAGAAN. MELAWAN IBU BAPA AMATLAH BERDOSA BESAR. KEHIDUPAN KITA TAKKAN BERKAT DAN SELAMAT DUNIA & AKHIRAT.

MENGHORMATI ORANG LAIN DAN JANGAN TERLALU MENGIKUT PERASAAN.

TEACHER AYU TURUT BERPESAN PADA SEMUA PESERTA SUPAYA MENYAYANGI IBU BAPA.



PESERTA KEM DUDUK DI DALAM KUMPULAN MASING-MASING MENUNGGU MASA UNTUK MENERIMA HADIAH.


KUMPULAN DOAREMON - DIKETUAI OLEH MELLYSA FITRI ILYANA YANG TELAH DIPIMPIN OLEH TEACHER AYU TELAH MENDAPAT TEMPAT KE-4 DENGAN JUMLAH MARKAH YANG DIPEROLEHI 1800.

KAMI MENJEMPUT PUAN FIZA UNTUK MENYAMPAIKAN HADIAH UNTUK KUMPULAN TEMPAT KEEMPAT DAN KETIGA.

TERIMA KASIH PUAN FIZA...............


MANAKALA, TEMPAT KE 3 DIMENANGI OLEH KUMPULAN BINTANG CERIA YANG DIKETUAI OLEH MOHD FARHAT. KUMPULAN INI DI BIMBING OLEH TEACHER DALILA JUMLAH MARKAH YANG DI KUTIP SEPANJANG KEM ADALAH SEBANYAK 1910 MARKAH.


TEMPAT KEDUA DIMENANGI OLEH KUMPULAN FIRE. KUMPULAN FIRE DIKETUAI OLEH FIRDAUS DAN DIPIMPIN OLEH TEACHER NEESA. MARKAH YANG DIPEROLEHI IALAH 2110.

TAHNIAH KEPADA KUMPULAN FIRE.

TERIMA KASIH JUGA PADA EN. IBRAHIM (WAKIL BAPA - MELLYSA FITRI ILLYANA) KERANA MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG TEMPAT KEDUA DAN KETIGA.



INI LAH SAAT YANG DINANTI-NANTIKAN UNTUK MENGUMUMKAN JUARA KALI INI.

JUARA KALI INI DI MENANGI OLEH KUMPULAN MICKEY MOUSE YANG DIKETUAI OLEH MOHD DANIAL. KUMPULAN MICKEY MOUSE DIJAGA OLEH TEACHER FIKRI.

SYABAS UNTUK SETIAP KUMPULAN KERANA MENUNJUKKAN SIKAP YANG POSITIF SEPANJANG KEM DIJALANKAN


Thursday, March 10, 2011

Program Usrah - Sambutan Maulidur Rasul

PROGRAM : SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - PROGRAM USRAH DI PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK

TARIKH : 25HB MAC 2011 (JUMAAT)

TEMPAT : PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK MPK

Assalamualaikum dan Salam Perpaduan, maaflah post event nie lambat.. memandangkan busy. Hari ini ada ruang dan waktu untuk menulis post mengenai Program Usrah.

Alhamdullillah.... Program ini berjalan dengan lancar... Kehadiran ibubapa juga amat menggalakkan walau hanya dalam 20 orang lebih... Program bermula pada pukul 5.30 ptg dgn kehadiran Maskot TAWAS... Pukul 6 ptg, baru program usrah bermula dengan
nasyid anak-anak Pusat Jagaan...



Ini lah kanak-kanak bergambar dengan maskot dr TAWAS.
(Afiq Danial, Kusyairi, Mohd Fathi, Fakrullah, Syabeel n Danish)


Ini ialah Pengerusi Persatuan Taska Negeri Selangor, Puan Hjh. Mahanom Hj. Basri..
Beliau juga merupakan penasihat Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPk...


Pn Hjh. Mahanom bersama-sama anak-anak Pusat Jagaan bergambar dengan
maskot TAWAS


Gambar di bawah menunjukkan gambar-gambar parents yang hadir semasa usrah...


Gambar ustaz memberi ceramah tentang peranan ibubapa dalam mendidik anak-anak sempena Sambutan Maulidur Rasul.



Pihak bapa juga melibatkan diri dalam program ini... Alhamdulillah demi mendidik anak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin.


Wakil Ibu turut kusyuk mendengar.





Tengok la parents Pusat Jagaan & Taska hadir dan kusyuk dengar ceramah...

Alhamdulillah... Mereka melibatkan diri dalam program agama... Bukan mudah untuk mengumpulkan pihak ibubapa Pusat Jagaan dalam program. Program seperti inilah yang dapat mengeratkan sillaturahim antara pendidik dan ibubapa...

Syabas kepada semua pendidik Pusat Jagaan yang sentiasa memberi komitmen bagi menjayakan setiap program yang dirancang... you all the best among the best staff...

Chayok2....


PERSEKITARAN KONDUSIF, KANAK-KANAK PRODUKTIF

Yang menjalankan amanah : Penyelia Pusat Jagaan



Thursday, March 3, 2011

Aktiviti-aktiviti Bersama Anak-anak Pusat Jagaan


Penat sangat ke Teacher Fikri ?


Fathi juga turut serta bergotong-royong


Rajinnya anak-anak PJMPK


Nurin: Teacher, Nurin nak sapu kat sinilah.





Gotong-royong Anak-anak Pusat Jagaan

Pada 23 Februari 2011 yang lalu, Pusat Jagaan MPK (PJMPK) mengadakan mini gotong-royong bersama anak-anak di PJMPK. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik anak-anak supaya pandai dalam pengurusan di rumah apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak akan tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar. Tambahan pula, anak-anak dapat mengetahui nilai semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan serta dapat mengamalkannya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pendidik dengan anak-anak di PJMPK.


Semangatnya bergotong-royong.

Monday, February 21, 2011

Makan-makan Tengahari


Program : Makan Tengahari
Tempat : Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK
Masa : 2pm-3pm
Hari : Khamis (17/02/2011)

Khamis yang lepas, Pihak pengurusan Pusat Jagaan & Taska telah menganjurkan makan-makan tengahari bersama-sama Pihak Pengurusan MPK. Program ini julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Program ini akan diadakan sebulan sekali. Tujuan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama staf P.Jagaan, Taska dan MPK.

Chef Pusat Jagaan, Nor Aszuwa Ibrahim (Pn. Ayu) memasak Nasi Beriyani dengan lauk ayam masak merah, alca nenas dan ayam masak kurma. Masakan Pn. Ayu telah mendapat komen yang positif (alhamdullilah)

Bulan depan program akan buat di Taska Penyayang Permata Klang. Semoga Berjaya.


Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif


Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Plaza Alam Sentral


Program : Sambutan Maulidur Rasul
Anjuran : Jabatan Agama Islam Selangor
Tempat : Tingkat Bawah, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Masa : 10.00 pagi -12.30 t/hari


Hari sabtu yang lepas, saya penyelia P.J.K.M.P.K dan seorang wakil pendidik iaitu Teacher Fikri telah menghantar wakil anak-anak P.J.K.M.P.K iaitu Mohd. Fathi bin Mohd. Ezam, Siti Nur Athirah Khairul Anuar, Fakrullah, Nurin Hanani dan Mohd Alif Danial Bin Faizal untuk pertandingan bercerita dan membuat persembahan nasyid di sana.


Pada permulaannya amat risau kerana baru mendapat arahan dari bos, Pn. Mahanom mengenai nasyid malah peserta untuk bercerita turut ada masalah. Hati rasa sangat berat nak hantar anak-anak nak buat persembahan. Emm... Hantar juga anak-anak ke sana bila memikirkan itu adalah arahan Pn. Mahanom.
Nurin Hanani & Nabila

Mohd Fathi & Fakrullah

Masa akhirnya sampai, Siti Nur Athirah bercerita tentang Nabi Rasullullah Maulidur Rasul. Siti melihat skrip almaklumla last minute suruh dia bercerita... tak hafal la dia... hahaha... nak wat cam ner, kalah pun tak pe la yang penting hadir untuk menyertai.

Manakala group persembahan nasyid PJKMPK membuat persembahan terakhir sebelum penyampaian hadiah. Mereka membuat persembahan dengan nyanyian lagu Ya Rasullulah.... Yang mana dia orang tau lirik, dia orang akan nyanyi lebih kuat... Kelakar tapi alhamdullillah mereka tak menangis bila berada di atas pentas... Bersyukur sangat... Semoga Allah memberkati mereka semua.... Sayang semua anak-anak teacher.


Ini lah anak-anak PJKMPK yang comel-comel belaka menyertai nasyid.

Teacher-teacher turut hadir dapat hadiah saguhati dari pihak penganjur, tak sangka sangat... siap dapat ggodies dari mereka... dipanggil atas pentas, diberi penghargaan... Thanx a lot JAIS kerana menghargai kami semua. Hope Allah bless us everytime everywhere.... amin.

Ini lah saat yang dinantikan pengumuman pemenang bercerita dan mendeklamasikan sajak.

Siti Nur Athirah Khairul Anuar (PJKMPK) diumumkan sebagai pemenang ketiga bercerita... unexpected sangat... Dia dapat hamper, dapat lagi duit saguhati RM50.00... Syukur Alhamdullillah....


Kami sampai ke Pusat Jagaan dalam pukul 1 lebih. Emm... Syukur semua berjalan lancar...

That all for today.... Sayang semua

Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif

Sunday, January 23, 2011



Kursus Memasak di Taska Penyayang Permata Klang Anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor

Tarikh : 20hb Januari 2011
Tempat : Taska Penyayang Permata Klang
Kursus : Kursus Memasak Nasi Beriyani, Ayam Tandoori, Dessert and Yogurt
Chef : Tn. Hj. Amer Hamzah & His wife

20hb Januari merupakan hari cuti iaitu Hari Thaipusam. Persatuan Taska Negeri Selangor telah menganjurkan Program Memasak untuk warga Taska dan Pusat Jagaan. Memang best giler. Sepatutnya, program ini diadakan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK tetapi memandangkan tiada meja tinggi yang sesuai untuk tenaga pengajar guna maka saya sebagai penyelia pusat jagaan telah me
ncadangkan program ini dibuat di Bangunan Taska yang terletak di se
belah Bangunan Pusat Jagaan. Next coming programme, we will request table and chair from MPK (EN. ZAZK - our advisor from MPK)

Program bermula pada 11.30 pagi menantikan AJK Persatuan Taska Negeri Selangor tiba di Taska kerana ada meeting board PTNS. Tuan Hj. sud
ah menyediakan bahan-bahan di atas meja yang terletak di hadapan Taska.



Ini adalah rempah ratus yang diperlukan untuk memasak nasi beriyani

Resipi yang pertama yang diajar ialah Resipi Nasi Beriyani... Meh, tengok gambar di bawah yer... Enjoy the picture...


Ini masukkan minyak sapi satu tupperware dgn marjerin 1/4 kg. Biarkan ia mendidih... lepas tu masukkan daun pandan utk naik bau wangi...

Ini lah staf-staf Pusat Jagaan yang setia mengikuti Kursus Memasak ini (Bean - Fizah, Kak Ayu, Dalilah dan Kak Aminah).
Bagus, selamat mencuba!!! Selamat mencuba di rumah yer....


Inilah tukang masak kita yang dijemput khas untuk mengajar memasak. Tahniah pada Tuan Hj. Amer Hamzah and his wife. Beliau juga mengajar cara-cara memasak mengikut sunnah... Malah, mereka turut memberi tips untuk mendapat pahala ketika memasak.


Gambar di atas ialah ayam tandoori yang telah dimasak menggunakan oven.


Ini adalah gambar beras basmathi (4kg) yang telah direndam selama 10 minit. Sebelum direndam, plastik beras basmathi perlu dicocok menggunakan garfu supaya air dapat keluar dari lubang-lubang tersebut.

Setelah direndam, maka letakkan beras tersebut didalam periuk nasi. Letakkan 6 mangkuk air. Ini adalah kerana 2 kg beras bersamaan dengan 3 mangkuk beras. Masukkan rempah2 yang telah dimasak di dalam kuali tadi.

Letakkan 2 jenis kismis yang berbeza warna.....

emm... tak complete sgt resipi.... nnti ada masa lain saya upload bahan-bahan yang diperlukan yer...



Setakat ini je lah info tentang kursus. Semoga enjoy.... bye..........




Friday, December 17, 2010

KONSERT SINAR KECIL PERMATA 2010

KONSERT SINAR PERMATA KECIL

TARIKH : 17/12/2010
TEMPAT : DEWAN HAMZAH, KLANG
MASA : 9.00PG-12.30 T/HR

Kanak-kanak semua berkumpul di Pusat Jagaan seawal 7.30 pagi. Seramai 20 orang kanak-kanak turut serta menyertai program ini. Konsert ini julung kali diadakan. Dengan bantuan Persatuan Ibu bapa Pusat Jagaan & Taska, Majlis Perbandaran Klang, Persatuan Taska Negeri Selangor turut menjayakan konsert ini.

PROGRAMME TENTATIVE

8.30 AM : ARRIVAL OF GUESTS, CHILDREN & PARENTS

9.00 AM : ARRIVAL OF S/U MPK WITH “SILAT”

WELCOMING BY THE CHILDREN FROM PUSAT JAGAAN

9.15 AM : NATIONAL ANTHEM “NEGARAKU”

9.20 AM : DOA RECITATION BY MOHD HAZIQ AIMAN BIN KHAIRUL ANUAR (PUSAT JAGAAN)

: JUZU’ AMMA BY AIN FARIHIN BT MOHD JEFFRY

: WELCOMING SPEECH BY CHILDREN REPRESENTATIVE

TASKA (NUR ATHIRAH BT ZAINUDDIN - English)

PUSAT JAGAAN (NUR AZMIATUL ANISAH BT RIDHWANHARI-BM)

: WELCOMING SPEECH BY THE PRESIDENT PUSAT JAGAAN & TASKA

(PN. HJH MAHANOM HJ. BASRI)

: OFFICIAL OPENING BY S/U MPK

: MONTAGE PRESENTATION

: GRADUATION CEREMONY

10.00 AM : (1) DIKIR PUTERI (SMART & INTELLIGENT GROUP)

: (2) DOREMON (CHEERFUL, WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (3) FASHION SHOW (LOVABLE GROUP)

: (4) SPECIAL PERFORMANCE (MELLYSA FITRI ILLYANA)

: (5) CREATIVE MOVEMENT (WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (6) JOGET PAHANG (SMART & INTELLIGENT GROUP)

: (7) FASHION SHOW (CHEERFUL GROUP)

: (8) ZIKIR (WONDERFUL & DYNAMIC GROUP)

: (9) ZAPIN PUSAKA (SMART & INTELLIGENT GROUP

: (10) BUNYI GITAR (DYNAMIC GROUP)

: (11) GYMNASTIC FROM TASKA SARJANA PINTAR CHILDREN’S

: (12) SPECIAL PERFORMANCE (WAN HASIRAN WAN MOHD)

: (13) FASHION SHOW (WONDERFUL GROUP)

: (14) AEROBIC EXERCISE (SMART & INTELLIGENT GROUP)


: (15) SPECIAL PERFORMANCE FROM TEACHER’S

(INSYAALLAH, LAGU PERMATA & TERIMA KASIH GURU)

12.00 PM : SPECIAL APPRECIATION

12.15PM : VIDEO SLIDE

: LUNCH



Di atas adalah aturcara pada konsert hari jumaat lepas. Tapi, masa tidak mencukupi. Rasa bersyukur sangat kerana walau masa terlajak tapi perjalanan program lancar.


Terima kasih pada staf-staf Pusat Jagaan yang banyak membantu membuat persediaan terakhir. Walaupun dengan kekuatan 5 orang staf di Pusat Jagaan yang membantu membungkus hadiah untuk kanak-kanak dan buan tangan untuk tetamu di Pusat Jagaan tapi berjaya akhirnya siap dalam 1 hari. Persatuan ibubapa yang turut turun padang menyusun hadiah semasa di dewan, menjadi usher semasa konsert dan sebagainya. Malah menyediakan hadiah tambahan untuk kanak-kanak dan mendapatkan beberapa hamper utk kami.

Turut ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) - (Tuan HJ. Adnan, Pn. Norizan, En Syakirin), MPK, Klinik Pergigian Klang (Dr. Rozie & staf2), Pegawai Bomba Klang, Wakil dari Mydin Store. Mydin Store turut menyumbangkan 2 hamper utk Konsert ini. Thank a lot to all VVIP & VIP.

Rasa sangat seronok kerana program yang dinantikan berjaya dijalankan walau ada sedikit kekurangan yang tidak dapat diatasi. Namun apa-apapun, semua orang yang hadir terhibur dengan persembahan kanak-kanak. Tahniah pada anak-anakku di Pusat Jagaan yang bersungguh-sungguh membuat latihan dan menampilkan persembahan yang mantap ketika konsert tersebut. Ummmuaaah.... sayang u all semua....


Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih pada semua yang turut menjayakan program konsert kanak-kanak ini.


Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif.