Thursday, March 3, 2011

Aktiviti-aktiviti Bersama Anak-anak Pusat Jagaan


Penat sangat ke Teacher Fikri ?


Fathi juga turut serta bergotong-royong


Rajinnya anak-anak PJMPK


Nurin: Teacher, Nurin nak sapu kat sinilah.





Gotong-royong Anak-anak Pusat Jagaan

Pada 23 Februari 2011 yang lalu, Pusat Jagaan MPK (PJMPK) mengadakan mini gotong-royong bersama anak-anak di PJMPK. Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mendidik anak-anak supaya pandai dalam pengurusan di rumah apabila mereka dewasa kelak. Selain itu, aktiviti ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada anak-anak akan tanggungjawab dalam memelihara alam sekitar. Tambahan pula, anak-anak dapat mengetahui nilai semangat kerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugasan yang diberikan serta dapat mengamalkannya pada masa hadapan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara para pendidik dengan anak-anak di PJMPK.


Semangatnya bergotong-royong.

No comments:

Post a Comment