Sunday, January 23, 2011



Kursus Memasak di Taska Penyayang Permata Klang Anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor

Tarikh : 20hb Januari 2011
Tempat : Taska Penyayang Permata Klang
Kursus : Kursus Memasak Nasi Beriyani, Ayam Tandoori, Dessert and Yogurt
Chef : Tn. Hj. Amer Hamzah & His wife

20hb Januari merupakan hari cuti iaitu Hari Thaipusam. Persatuan Taska Negeri Selangor telah menganjurkan Program Memasak untuk warga Taska dan Pusat Jagaan. Memang best giler. Sepatutnya, program ini diadakan di Pusat Jagaan Kanak-Kanak MPK tetapi memandangkan tiada meja tinggi yang sesuai untuk tenaga pengajar guna maka saya sebagai penyelia pusat jagaan telah me
ncadangkan program ini dibuat di Bangunan Taska yang terletak di se
belah Bangunan Pusat Jagaan. Next coming programme, we will request table and chair from MPK (EN. ZAZK - our advisor from MPK)

Program bermula pada 11.30 pagi menantikan AJK Persatuan Taska Negeri Selangor tiba di Taska kerana ada meeting board PTNS. Tuan Hj. sud
ah menyediakan bahan-bahan di atas meja yang terletak di hadapan Taska.



Ini adalah rempah ratus yang diperlukan untuk memasak nasi beriyani

Resipi yang pertama yang diajar ialah Resipi Nasi Beriyani... Meh, tengok gambar di bawah yer... Enjoy the picture...


Ini masukkan minyak sapi satu tupperware dgn marjerin 1/4 kg. Biarkan ia mendidih... lepas tu masukkan daun pandan utk naik bau wangi...

Ini lah staf-staf Pusat Jagaan yang setia mengikuti Kursus Memasak ini (Bean - Fizah, Kak Ayu, Dalilah dan Kak Aminah).
Bagus, selamat mencuba!!! Selamat mencuba di rumah yer....


Inilah tukang masak kita yang dijemput khas untuk mengajar memasak. Tahniah pada Tuan Hj. Amer Hamzah and his wife. Beliau juga mengajar cara-cara memasak mengikut sunnah... Malah, mereka turut memberi tips untuk mendapat pahala ketika memasak.


Gambar di atas ialah ayam tandoori yang telah dimasak menggunakan oven.


Ini adalah gambar beras basmathi (4kg) yang telah direndam selama 10 minit. Sebelum direndam, plastik beras basmathi perlu dicocok menggunakan garfu supaya air dapat keluar dari lubang-lubang tersebut.

Setelah direndam, maka letakkan beras tersebut didalam periuk nasi. Letakkan 6 mangkuk air. Ini adalah kerana 2 kg beras bersamaan dengan 3 mangkuk beras. Masukkan rempah2 yang telah dimasak di dalam kuali tadi.

Letakkan 2 jenis kismis yang berbeza warna.....

emm... tak complete sgt resipi.... nnti ada masa lain saya upload bahan-bahan yang diperlukan yer...



Setakat ini je lah info tentang kursus. Semoga enjoy.... bye..........




No comments:

Post a Comment