Monday, August 8, 2011

PERKEMBANGAN BAHASA YANG MENYELURUH UNTUK KANAK-KANAK 0-4 TAHUN

PERKEMBANGAN BAHASA

- Komunikasi dengan kanak-kanak amatlah penting dari seawal bayi.
- Bayi telah berbual dengan menangis. Menangis itu menunjukkan rasa sakit, rasa lapar, rasa tidak selesa, rasa takut dan lain-lain
- Komunikasi amatlah penting untuk kanak-kanak membina keyakinan diri, berani tampil ke hadapan, bertanya, mengajukan soalan dan pendapat...

Tapi, kebanyakan ibubapa dan pengasuh telah menyekat terlebih awal perkembangan bahasa mereka. Apabila kanak-kanak bertanya, ibubapa akan meyuruh kanak-kanak tersebut diam. Manakala pengasuh pula tidak membenarkan kanak-kanak untuk bersuara di dalam ruang aktiviti.

Kita akan kurang pemimpin yang tidak petah berbicara, apabila di peringkat sekolah menengah menjadi seorang remaja yang pasif dan pendiam. Adakah salah kanak-kanak tersebut? atau kita akan menganggap remaja tersebut budak yang baik kerana psif di dalam kelas? Renung-renungkan...

Semasa kita berinteraksi, eye contact sgt penting kerana kita akan mengetahui bahawa rakan kita menghargai kita atau tidak. Selain itu, body language juga sgt penting. Semua sangat penting.


Galakkan kanak-kanak memberikan pendapat mereka... Galakkan kanak-kanak untuk meneroka alam sambil bertanya... Ilmu boleh dicari dgn pelbagai cara.


Persekitaran Kondusif, Kanak-kanak produktif
Penyelia PJKKMPK, Teacher Neesa

No comments:

Post a Comment