Tajuk
: Risiko Penjagaan Kanak-Kanak MPK
Tarikh : 08 / 08 /2011
Sudah lama tidak upload blog Pusat Jagaan ini. Minta maaf kerana masa yang ada digunakan untuk belajar dan bekerja. Aku sebagai penyelia dapat sambung belajar di Granada International College (Open University Malaysia), Seksyen 7, Bangi dalam pengajian Diploma Eksekutif Pengurusan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Alhamdulillah, selepas temuduga di Mara Kuala Lumpur aku di terima masuk untuk belajar di sana atas tajaan Mara.
Di atas kepercayaan Pengerusi Pusat Jagaan dan Penasihat dari pihak MPK telah mempercayai diriku untuk bekerja sebagai penyelia yang dibantu oleh Assisstant Penyelia (Nor Aszuwa Ibrahim) menguruskan Pusat Jagaan semasa ketiadaan penyelia. Aku sbg penyelia utk sementara waktu belajar menyediakan surat-menyurat, dokumentasi, invois, resit dan mengambil tahu tentang PJKKMPK walau diriku jauh dari mereka.
Di sini, ingin diri ku berkongsi ilmu ketika aku belajar petang tadi bersama Tn. Hj. Ariffin mengenai risiko-risiko penjagaan kanak-kanak. Begitu ramai yg berkongsi info tentang hal ini.
Di antara perkara yang di kongsi oleh rakan-rakan seperjuangan:
1. Amalan pengasuh di taska
a) Cara pemberian susu pada bayi (Mostly, menyendal botol susu dgn bantal yg merupakan salah satu punca kanak-kanak tersedak susu, Cara memegang bayi semasa memberikan susu dll)
b) Cara penyediaan makanan pada bayi dan kanak-kanak (mengikut peringkat umur).
c) Cara penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak di Taska/Pusat Jagaan
d) Pada siaran radio Hot FM (Tarikh : 8/8/2011 & Waktu : 6.30 pagi) -di kongsi oleh coursemate, Nazrief... Ada seorg bapa yg menelefon memberitahu bahawa mulut anaknya bengkak. Apabila ditanya pengasuh, pengasuh mengatakan bahawa dia terjatuh dan terlanggar anak kecil tersebut menyebabkan mulut anak tersebut bengkak. Naluri ayah seolah-olah menafikan dan tidak boleh terima statement tersebut. Pada keesokannya, bapa tersebut menghantar anak nya seperti biasa di Taska. Beliau sangat terkejut bahawa rakan-rakan anaknya memberitahu bahawa pengasuh telah menampar anaknya itu. (Adakah semua kanak-kanak tersebut sudah pandai berpakat utk mereka-reka cerita? Dimana penyelia atau pengusaha ketika itu? Renung-renungkan)
2) Keselamatan Kanak-kanak dengan ancaman dalam dan luar taska/pusat
jagaan
a) Ancaman dalam :
- Sikap pengasuh yang pilih kasih, garang, panas baran, lalai, tidak ambil peduli, tidak bekerjasama, menyalahkan org lain dll
- Ketiadaan penyelia yang diamanahkan oleh penyelia untuk mengawasi tindakan staf di Taska & Pusat Jagaan (Nauzubillah)
- Barang-barang / alat permainan yang membahayakan, tajam, bertoksik, tidak bersih dll
- Pengasuh kekurangan ilmu, tidak menghadiri dan tidak di hantar kursus yang sesuai utk memantapkan diri dlm penjagaan kanak-kanak.
b) Ancaman Luar
- Berita Metro , Jun 2011 ( Suami Pengasuh meraba kanak-kanak yang berumur 3 tahun selama beberapa kali sepanjang penjagaan pengasuh tersebut) - Adakah suami pengasuh dibenarkan masuk ke Taska & Pusat Jagaan tanpa tujuan?
- Anak kedua mati selepas kematian 2 tahun anak sulung. Anak sulung meninggal dunia di rumah pengasuh yang berlainan akibat sawan. Selepas, pemergian arwah anak sulung selama 2 tahun. Anak kedua turut menuruti pemergian kakaknya selepas terjatuh dari tingkat 10 di rumah pengasuh yang berbeza. (Nauzubillah) Apakah pengajaran untuk kedua ibubapa anak-anak ini? Apakah tindakan yang perlu di ambil oleh pengasuh-pengasuh lain.
- Pusat Jagaan / Tadika menjadi tawanan oleh orang luar di Johor. Di manakah keselamatan yang disediakan oleh pihak pengurusan. Kanak-kanak / Pelajar-pelajar dijadikan tebusan. Guru-guru diikat di satu sudut. Walaupun selamat, tetapi trauma yang menghantui diri akan kekal sampai ke akhir hayat.
Banyak yang dibincangkan, tapi cukuplah sekadar ini yang di kongsi. Harap ilmu yang disampaikan ini akan menjadi tindakan semua pihak termasuk pengusaha, penyelia & pengasuh taska.
Penyelia yang bagus maka staf juga akan bagus. Masing-masing bekerjasama dan membantu dalam menguruskan Taska/ Pusat Jagaan akan memberikan jaminan yang berkualiti.
Bukan kuantiti staf yang perlu dicari, tapi kualiti yang bagus dalam stiap staff akan membantu mengatasi masalah walau sebesar mana halangan yang datang.
Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif
Penyelia PJKKMPK (Teacher Neesa)