Kursus ini diadakan pada awal bulan April 2010.
Pn. Mahanom mengadakan kursus seni kreatif untuk semua staf-staf taska di seluruh negeri Selangor anjuran Persatuan Taska Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan daya kreativiti pada semua pengasuh-pengasuh taska.
Gambar di atas menunjukkan pengasuh membuat topeng yang pelbagai rupa mengikut kreativiti masing-masing. Topeng ini boleh dijadikan sebagai bahan untuk bercerita pada kanak-kanak @ dihiaskan
di dinding Taska.
Ini juga kraf yang diajar oleh penceramah ketika itu. Ini adalah boneka yang diperbuat daripada kertas keras yang berwarna warni dan straw minuman. Kos bahan yang
digunakan juga amatlah murah dan mudah diperolehi untuk digunakan di Taska. Cantik dan berwarna-warni menarik minat kanak-kanak untuk mendengar cerita dari pengasuh.
Ini adalah signage yang kreatif yang boleh dihias di Taska. Menggunakan Kertas Keras Hitam, Majalah lama yang tidak digunakan lagi, kertas A4 yang berwarna warni dan pen marker. Cari gambar yang berkaitan untuk menghias signage yang hendak dibuat seperti Toilet- carilah gambar peralatan @ accessories dalam toilet. Simple and nice to do.
Selamat Mencuba......
No comments:
Post a Comment