Monday, February 21, 2011

Makan-makan Tengahari


Program : Makan Tengahari
Tempat : Pusat Jagaan Kanak-kanak MPK
Masa : 2pm-3pm
Hari : Khamis (17/02/2011)

Khamis yang lepas, Pihak pengurusan Pusat Jagaan & Taska telah menganjurkan makan-makan tengahari bersama-sama Pihak Pengurusan MPK. Program ini julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Program ini akan diadakan sebulan sekali. Tujuan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama staf P.Jagaan, Taska dan MPK.

Chef Pusat Jagaan, Nor Aszuwa Ibrahim (Pn. Ayu) memasak Nasi Beriyani dengan lauk ayam masak merah, alca nenas dan ayam masak kurma. Masakan Pn. Ayu telah mendapat komen yang positif (alhamdullilah)

Bulan depan program akan buat di Taska Penyayang Permata Klang. Semoga Berjaya.


Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif


Sunday, February 20, 2011

Sambutan Maulidur Rasul di Plaza Alam Sentral


Program : Sambutan Maulidur Rasul
Anjuran : Jabatan Agama Islam Selangor
Tempat : Tingkat Bawah, Plaza Alam Sentral, Shah Alam
Masa : 10.00 pagi -12.30 t/hari


Hari sabtu yang lepas, saya penyelia P.J.K.M.P.K dan seorang wakil pendidik iaitu Teacher Fikri telah menghantar wakil anak-anak P.J.K.M.P.K iaitu Mohd. Fathi bin Mohd. Ezam, Siti Nur Athirah Khairul Anuar, Fakrullah, Nurin Hanani dan Mohd Alif Danial Bin Faizal untuk pertandingan bercerita dan membuat persembahan nasyid di sana.


Pada permulaannya amat risau kerana baru mendapat arahan dari bos, Pn. Mahanom mengenai nasyid malah peserta untuk bercerita turut ada masalah. Hati rasa sangat berat nak hantar anak-anak nak buat persembahan. Emm... Hantar juga anak-anak ke sana bila memikirkan itu adalah arahan Pn. Mahanom.
Nurin Hanani & Nabila

Mohd Fathi & Fakrullah

Masa akhirnya sampai, Siti Nur Athirah bercerita tentang Nabi Rasullullah Maulidur Rasul. Siti melihat skrip almaklumla last minute suruh dia bercerita... tak hafal la dia... hahaha... nak wat cam ner, kalah pun tak pe la yang penting hadir untuk menyertai.

Manakala group persembahan nasyid PJKMPK membuat persembahan terakhir sebelum penyampaian hadiah. Mereka membuat persembahan dengan nyanyian lagu Ya Rasullulah.... Yang mana dia orang tau lirik, dia orang akan nyanyi lebih kuat... Kelakar tapi alhamdullillah mereka tak menangis bila berada di atas pentas... Bersyukur sangat... Semoga Allah memberkati mereka semua.... Sayang semua anak-anak teacher.


Ini lah anak-anak PJKMPK yang comel-comel belaka menyertai nasyid.

Teacher-teacher turut hadir dapat hadiah saguhati dari pihak penganjur, tak sangka sangat... siap dapat ggodies dari mereka... dipanggil atas pentas, diberi penghargaan... Thanx a lot JAIS kerana menghargai kami semua. Hope Allah bless us everytime everywhere.... amin.

Ini lah saat yang dinantikan pengumuman pemenang bercerita dan mendeklamasikan sajak.

Siti Nur Athirah Khairul Anuar (PJKMPK) diumumkan sebagai pemenang ketiga bercerita... unexpected sangat... Dia dapat hamper, dapat lagi duit saguhati RM50.00... Syukur Alhamdullillah....


Kami sampai ke Pusat Jagaan dalam pukul 1 lebih. Emm... Syukur semua berjalan lancar...

That all for today.... Sayang semua

Persekitaran Kondusif, Kanak-Kanak Produktif