Sunday, September 5, 2010

PENGLIBATAN IBUBAPA


Apakah maksud penglibatan Ibubapa?

Suatu proses di mana ibubapa melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan untuk memperkukuhkan amalan asuhan yang sedia ada dan memperkayakan perkembangan kanak-kanak.

Bagaimana Ibubapa boleh melibatkan diri di Taska/ Pusat Jagaan?

Ibubapa harus mengetahui rancangan-rancangan yang dijalankan di Taska/Pusat Jagaan khasnya aktiviti-aktiviti anaknya terlibat.

Memberi kerjasama untuk menjayakan dengan kehendak/keperluan projek yang dijalankan oleh Taska. Malah, ibubapa boleh menyambung kegiatan di Taska di rumah.

Ibubapa juga turut membantu perkembangan kanak-kanak bukan hanya tau menghantar anak-anak untuk dijaga dan diasuh sahaja di Taska. Ibubapa adalah guru utama kanak-kanak dan bukan tugas pengasuh sahaja.

Fikir-fikirkanlah.....

Nilai Seorang Pengasuh

1. Ikhlas
2. Sabar - Melayan karenah kanak-kanak
3. Penyayang - Selalu menunjukkan kasih sayang pada semua terutama kanak-kanak
4. Kreatif - Mempunyai aktiviti untuk kanak-kanak dalam membantu perkembangan kanak-kanak.
5. Bertanggungjawab - Menjaga hak kanak-kanak
6. Pengasih
7. Mempunyai Ilmu Pengetahuan
8. Sentiasa Berfikiran Positif
9. Mempunyai atitud @ sikap yang positif
10. Senyum Selalu, Happy Selalu
11. Pembersih - Sentiasa Menjaga Kebersihan Taska / Pusat Jagaan
12. Bersaing antara Pengasuh untuk menjadi Pengasuh yang Berwibawa dan Berjaya
13. Hormat Orang Lain - menghormati pihak pengurusan, ibubapa, kawan sejawat dan juga kanak-kanak

Ini sedikit sebanyak tentang nilai-niali yang perlu ada pada seorang pengasuh. Seorang pengasuh yang tidak mempunyai nilai-nilai seperti di atas, maka berhentilah anda dari kerja kerana anda akan membawa keburukan pada kanak-kanak dan juga taska.

Jangan mencari kesalahan orang lain tetapi kita menilai diri kita dari segi kekurangan. Seperti kata Dato Fadhilah Kamsah, Pakar Motivasi " 1 jari menghala ke arah orang laen tetapi 4 jari yang lain menuju kearah kita sendiri". Renung-renungkan....

Kalau anda seorang pengasuh yang ingin berjaya maka berbincanglah dengan penyelia dan pengusaha untuk memantapkan taska/pusat jagaan. Sebab kita akan dapat lebih banyak pahala daripada kita mengumpat sesama sendiri tentang keburukan orang lain seperti kita memakan daging kita sendiri dan mengurangkan pahala kita sendiri.

Allah SWT menganugerahkan akal fikiran pada setiap manusia untuk berfikir yang lebih baik. Pilih kawan yang baik kita akan jadi baik. Seperti peribahasa melayu " Apabila kita mendekati Tukang Minyak Wangi maka kita akan wangi selamanya, kalau kita berkawan dengan orang mencari sampah maka kita pun akan berbau sampah."... Pilihan ditangan anda sendiri.

Fikir-fikirkan lah... Kegembiraan dan ketenangan kita akan perolehi apabila kita mendekatkan diri pada Tuhan yang Maha Esa.